Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 170 kes iaitu 12.5 peratus daripada 1,363 kepada 1,533 kes pada minggu epidemiologi ke-38, tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, namun tiada sebarang kematian yang dilaporkan berlaku akibat demam denggi.